Posts

1.0 PENGHARGAAN

Image
Selamat sejahtera dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmatnya dapat kami menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan Faridah Husain, pensyarah mata pelajaran Penghayatan Etika dan Peradaban (MPU21032), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pelaksanaan tugasan ini berlangsung. Selain itu, tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini. Akhir kata, kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama yang di tunjukkan oleh rakan-rakan teryata membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang diberi ini. Tanpa bantuan da...

2.0 OBJEKTIF

 Mengaplikasikan permahaman kesedaran yang lebih mendalam makna kesihatan dan perpaduan  Memberikan pencerahan berkenaan cara menjaga kesihatan dan bukti kesihatan dapat memupuk perpaduan antara kaum.  Menjustifikasikan kesan kesihatan terhadap perpaduan kaum.  Membincangkan kepentingan kesihatan dan perpaduan kaum dalam kehidupan

3.0 PENGENALAN

Image
Kesihatan dan perpaduan rakyat penting dalam membangunkan sebuah negara yang  harmoni dan menuju ke arah negara maju. Kesihatan rakyat Malaysia amat  diutamakan dalam menjamin kesejahteraan rakyat. Manakala perpaduan kaum di  Malaysia merupakan salah satu tonggak dan menyumbang kepada keharmonian dan  keamanan negara yang kita kecapi pada masa ini. Walaupun Malaysia terdiri daripada  pelbagai kaum dan agama, ianya bukanlah penghalang untuk mencapai status sebuah  negara maju. Ini kerana rakyat Malaysia mengamalkan nilai saling menghormati dan  bertoleransi antara satu sama lain. Konteks perpaduan di Malaysia sangat luas dan  antarnya adalah dari segi kebudayaan, kesukanan, kesihatan dan lain-lain. Oleh itu,  marilah sama-sama kita memahami konsep dan hubungan kesihatan dan perpaduan. Apakah itu kesihatan?  Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mendefinisikan kesihatan sebagai suatu  keadaan     fizikal, minda dan sosial yan...

4.0 SENTIASA MELAKUKAN AKTIVITI SENAMAN DAPAT MEMUPUK PERPADUAN

Image
Senaman ialah pergerakan badan yang dilakukan secara berulang-kali atau secara  terancang dan berstruktur yang bertujuan untuk meningkatkan atau mengekalkan satu  atau lebih komponen kecergasan fizikal. Senaman ini juga melibatkan penggunaan  dan pengeluaran tenaga yang banyak.Aktiviti ini juga dapat meringankan badan  apabila kita melakukan senaman dan mendapatkan bentuk badan yang menawan  dengan aktiviti harian, hujung minggu atau masa terluang. Pada waktu yang  sama,aktiviti ini juga dihambat oleh kesibukan kerja di pejabat, kuliah, mahupun  masalah peribadi dan hal ini menyebabkan segelintir masyarakat menjadi malas dan  kurang berminat untuk meneruskan riadah tersebut. Aktiviti bersenam ini mempunyai beberapa faedah. Antaranya ialah dapat  menghindari daripada penyakit yang berbahaya seperti sakit jantung dan obesiti.Pada  era globalisasi ini, terdapat beberapa di kalangan rakyat Malaysia yang mengalami  masalah obesiti. Hal i...

4.1 RAKYAT DIGALAKKAN MEMBUDAYAKAN GAYA HIDUP YANG LEBIH CERGAS DAN SIHAT

Image
Pada zaman yang berteknologi tinggi ini, cara hidup orang muda sekarang sudah  berbeza berbanding 20 tahun yang lalu kerana mereka berada dalam dunia media  baharu, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Walau bagaimanapun,  masyarakat kini mengamalkan pelbagai jenis gaya hidup sihat yang berbeza dan  bersesuaian dengan gaya hidup mereka sekarang. Berdasarkan isi diatas iaitu ‘rakyat  digalakkan membudayakan gaya hidup yang lebih cergas dan sihat’, perkara tersebut  memfokuskan kepada amalan gaya hidup yang sihat yang boleh memupuk perpaduan  kaum diantara masyarakat Malaysia. Namun demikian, ribuan rakyat Malaysia mempunyai berat badan yang tidak  bersesuaian dengan berat yang ideal, tidak aktif, terlalu banyak menghisap rokok dan  memakan makanan yang mengandungi kalori yang tinggi. Selain itu,faktor utama  yang menyumbang kepada gaya hidup kurang sihat ini termasuklah pengambilan  makanan yang tidak sihat. Daripada itu, melalui...

4.2 MENGADAKAN AKTIVITI ATAU PROGRAM YANG BERKAITAN DENGAN KESIHATAN

Image
 Pihak yang berwajib, perlulah mengadakan aktiviti atau program yang banyak berkaitan dengan kesihatan ,untuk menambahkan lagi pengetahuan rakyat Malaysia tentang pentingnya menjaga kesihatan diri. Pihak yang berwajib perlu mengadakan aktiviti atau program yang boleh menarik minat rakyat Malaysia seperti program mengenali piramid makanan yang sihat. Program ini sangat perlu dilaksanakan kerana kebanyakan orang mengambil mudah tentang pemakanan mereka. Rakyat Malaysia tidak tahu penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung,diabetis, kencing manis dan lain-lainnya berpunca dari makanan yang mereka ambil secara berlebihan tanpa menghiraukan kesihatan mereka sendiri.Hal ini, juga berlaku mungkin kerana kurang pencerahan tentang kesihatan diri atau pun mereka tidak mengambil peduli tentang bahayanya makan secara tidak teratur. Dengan mengadakan aktiviti atau program kesihatan secara meluas rakyat Malaysia akan menyedari bertapa pentingnya menjaga kesihatan diri sendiri. Selain itu, pi...

4.3 KESAN TERHADAP KESIHATAN JIKA TIADA PERPADUAN ANTARA KAUM

Image
  Keharmonian negara akan terjejas Keharmonian negara terjejas jika tiada kesepaduan dalam kalangan rakyat. Kerjasama yang baik antara rakyat sangat dititikberatkan supaya dapat memberikan rawatan yang terbaik kepada rakyat dalam aspek kesihatan. Sebagai contoh, semasa pandemik dan penularan wabak Covid-19, jika rakyat tidak bersatu padu dan memberi kerjasama kepada pihak kerajaan atau pihak bertanggungjawab untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19. Ini akan menyebabkan peningkatan kes semakin bertambah dan seterusnya boleh menyebabkan kematian dan kebimbangan bukan sahaja pada pihak bertanggungjawab malah keluarga, masyarakat dan diri kita sendiri. Impaknya, keharmonian negara akan terjejas dan memberikan kesan negatif kepada kesejahteraan rakyat dan negara. Oleh itu, rakyat seharusnya mematuhi SOP dan memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada petugas-petugas barisan hadapan kita untuk memerangi wabak Covid-19.  Wujudnya masyarakat yang tidak peka, bertolak ansur dan beret...

5.0 KEPENTINGAN KESIHATAN DALAM KEHIDUPAN BERMASYARAKAT

 Dalam meniti arus kemodenan negara yang berteraskan sains dan teknologi maklumat, sama ada kita sedar atau tidak, faktor kesihatan masyarakat pada hari ini berada pada tahap yang membimbangkan pihak berkuasa terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia. Semakin hari, masalah wabak pelbagai penyakit semakin menjalar dalam kalangan masyarakat tanpa mengira usia tua atau muda. Tambahan pula, pada masa kini Malaysia sedang dilanda wabak penyakit Covid-19 yang amat berbahaya menular dalam kalangan masyarakat. Namun begitu, amalan menjaga kesihatan telah dipandang remeh oleh sesetengah masyarakat tanpa mereka sedar ia merupakan kunci utama dalam memastikan kelangsungan hidup seseorang pada ketika ini. Persoalannya, apakah kepentingan menjaga kesihatan dalam kehidupan bermasyarakat? Salah satu kepentingan menjaga kesihatan ialah kita dapat meningkatkan produktiviti kehidupan seseorang. Apabila kita menjaga kesihatan, kita akan bersemangat dan mampu melakukan kerja-kerja secara langsung.Con...

6.0 KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM DALAM KALANGAN MASYARAKAT

Image
 Malaysia telah melalui pelbagai pengalaman pahit dan cabaran sebelum berdiri teguh dan kukuh sebagai negara membangun. Pasti pengalaman dijajah oleh negara asing tidak akan diulangi lagi sepertimana yang kita ketahui penjajahan di Malaysia dimulai dengan Portugis, Inggeris, Belanda, Jepun, kemudian Inggeris lagi selepas itu. Teriakan dan sorakan keramat ‘Merdeka’ pada 31 Ogos 1957 oleh Tunku Abdul Rahman adalah tidak semudah yang disangka untuk dilalui dan memaknakan kemerdekaan tersebut. Masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa telah bersatu teguh dan bersatu hati persis peribahasa “bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”. Bagi memastikan negara tidak dijajajah dan digugat oleh negara asing, perpaduan kaum sangat penting demi menjamin ketenteraman negara ini. Salah satu kepentingan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat ialah dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni. Jika kaum-kaum tidak bertoleransi antara satu sama lain, persengketan akan mudah tercetus. ...

7.0 KESIMPULAN

 Secara kesimpulannya, Malaysia merupakan sebuah negara yang majmuk serta mempunyai kepelbagaian kaum, budaya dan agama. Melalui kepelbagaian tersebut, terjalinlah satu hubungan perpaduan yang merupakan tonggak utama kepada kemajuan negara yang kita kecapi sekarang. Tanpa adanya perpaduan yang utuh, masyarakat kini tidak akan dapat menikmati keharmonian. Maka, setiap rakyat Malaysia mestilah mempunyai peranan dan fungsi masing-masing dalam membangunkan negara supaya negara sentiasa kekal aman dan harmoni. Bagi perihal kesihatan, setiap rakyat Malaysia perlulah berganding bahu untuk mengekalkan dan mengamalkan aktiviti yang dapat menyihatkan tubuh badan. Selain itu, mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang juga perlu dipraktikkan dalam diri kita agar dapat mengelakkan diri daripada dijangkiti oleh pelbagai penyakit. Oleh itu, pentingnya menjaga kesihatan diri supaya kadar penyakit berjangkit dapat diturunkan serta dapat menjadi negara dan rakyat yang bebas daripada penyakit.