4.1 RAKYAT DIGALAKKAN MEMBUDAYAKAN GAYA HIDUP YANG LEBIH CERGAS DAN SIHAT
Pada zaman yang berteknologi tinggi ini, cara hidup orang muda sekarang sudah berbeza berbanding 20 tahun yang lalu kerana mereka berada dalam dunia media baharu, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Walau bagaimanapun, masyarakat kini mengamalkan pelbagai jenis gaya hidup sihat yang berbeza dan bersesuaian dengan gaya hidup mereka sekarang. Berdasarkan isi diatas iaitu ‘rakyat digalakkan membudayakan gaya hidup yang lebih cergas dan sihat’, perkara tersebut memfokuskan kepada amalan gaya hidup yang sihat yang boleh memupuk perpaduan kaum diantara masyarakat Malaysia.
Namun demikian, ribuan rakyat Malaysia mempunyai berat badan yang tidak bersesuaian dengan berat yang ideal, tidak aktif, terlalu banyak menghisap rokok dan memakan makanan yang mengandungi kalori yang tinggi. Selain itu,faktor utama yang menyumbang kepada gaya hidup kurang sihat ini termasuklah pengambilan makanan yang tidak sihat. Daripada itu, melalui aktiviti bersukan, masyarakat yang cergas serta aktif dapat dilahirkan selain dapat memupuk serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama di peringkat akar umbi. Sebagai contoh: Sinar Harian, syarikat tempat Merak Jalanan bekerja bersama akhbar Sin Chew Daily menganjurkan program Sukan Tanpa Diskriminasi pada 15 Disember 2019. Dengan tagline #KITALAHMALAYSIA, program sukan ini akan disertai rakyat berbilang kaum yang akan bertanding dalam dua acara iaitu Street Soccer 4on4 dan Basketball 3on3 Pertandingan ini bukan saja-saja kerana ada habuan besar yang menanti. Hadiah wang tunai berjumlah RM15,200 menanti pasukan bertuah.
Sebenarnya, pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan mahupun swasta untuk menggalakkan rakyat Malaysia membudayakan kehidupan lebih sihat dan cergas. Antaranya, adalah dengan melakukan ‘Kempen Nak Sihat’. Kempen Nak Sihat merupakan satu lagi inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membudayakan cara hidup sihat menerusi aktiviti fizikal dalam kalangan masyarakat Malaysia khususnya golongan belia. Tambahan itu, kerajaan juga telah mengadakan Temasnya Sukan Malaysia iaitu SUKMA setiap 2 tahun sekali yang mana dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pemain atau penonton.
Di samping itu, melalui usaha-usaha tersebut juga kita dapat menyelami erti perpaduan, menghormati antara kaum yang mana kesannya kita dapat mempertahankan kedaulatan. Justeru, negara Malaysia yang tercinta ini dapat mencapai kemajuan dan mampu bersaing dengan negara lain sekiranya rakyat Malaysia menggalakkan budaya hidup cergas dan sihat.


Comments
Post a Comment