5.0 KEPENTINGAN KESIHATAN DALAM KEHIDUPAN BERMASYARAKAT
Dalam meniti arus kemodenan negara yang berteraskan sains dan teknologi
maklumat, sama ada kita sedar atau tidak, faktor kesihatan masyarakat pada hari ini
berada pada tahap yang membimbangkan pihak berkuasa terutamanya Kementerian
Kesihatan Malaysia. Semakin hari, masalah wabak pelbagai penyakit semakin
menjalar dalam kalangan masyarakat tanpa mengira usia tua atau muda. Tambahan
pula, pada masa kini Malaysia sedang dilanda wabak penyakit Covid-19 yang amat
berbahaya menular dalam kalangan masyarakat. Namun begitu, amalan menjaga
kesihatan telah dipandang remeh oleh sesetengah masyarakat tanpa mereka sedar ia
merupakan kunci utama dalam memastikan kelangsungan hidup seseorang pada
ketika ini. Persoalannya, apakah kepentingan menjaga kesihatan dalam kehidupan
bermasyarakat?
Salah satu kepentingan menjaga kesihatan ialah kita dapat meningkatkan
produktiviti kehidupan seseorang. Apabila kita menjaga kesihatan, kita akan
bersemangat dan mampu melakukan kerja-kerja secara langsung.Contohnya, pelajar
sekolah dapat memberikan fokus pada pembelajaran mereka dan pekerja professional
boleh menjadi kreatif dan novatif dalam melaksanakan tugas masing-masing.
Keselesaan ini terhasil disebabkan kita tidak mempunyai sebarang penyakit yang
menganggu konsentrasi kita seperti selsema, batuk , demam , sakit perut dan
sebagainya. Dengan ini, setiap pekerjaan dapat berfungsi dan diselesaikan dengan
baik.
Akhir sekali, pepatah ada mengatakan bahawa “kesihatan itu lebih baik daripada
kekayaan dan harta benda” . Jika kita mengalami masalah kesihatan, kita tidak dapat
melakukan aktiviti harian dengan lancar. Orang yang sihat juga mempunyai badan
yang lebih cergas dan bertenaga. Jika seseorang yang sihat bekerja, dia dapat
melakukan kerja dengan baik dan berkualiti. Otak yang cerdas semestinya datangnya
daripada badan yang sihat. Bak kata pepatah ‘Otak cerdas, badan cergas’. Maka , otak
yang cerdas membolehkan kita berfikir dengan rasional dan waras apabila membuat
sesuatu perkara, seterusnya kita akan menjadi lebih kreatif dan inovatif.
Sesungguhnya, negara kita amat memerlukan pekerja yang kreatif, berkualiti, dan
inovatif untuk membolehkan negara kita maju dan gemilang.
Comments
Post a Comment