4.0 SENTIASA MELAKUKAN AKTIVITI SENAMAN DAPAT MEMUPUK PERPADUAN
Senaman ialah pergerakan badan yang dilakukan secara berulang-kali atau secara terancang dan berstruktur yang bertujuan untuk meningkatkan atau mengekalkan satu atau lebih komponen kecergasan fizikal. Senaman ini juga melibatkan penggunaan dan pengeluaran tenaga yang banyak.Aktiviti ini juga dapat meringankan badan apabila kita melakukan senaman dan mendapatkan bentuk badan yang menawan dengan aktiviti harian, hujung minggu atau masa terluang. Pada waktu yang sama,aktiviti ini juga dihambat oleh kesibukan kerja di pejabat, kuliah, mahupun masalah peribadi dan hal ini menyebabkan segelintir masyarakat menjadi malas dan kurang berminat untuk meneruskan riadah tersebut.
Aktiviti bersenam ini mempunyai beberapa faedah. Antaranya ialah dapat menghindari daripada penyakit yang berbahaya seperti sakit jantung dan obesiti.Pada era globalisasi ini, terdapat beberapa di kalangan rakyat Malaysia yang mengalami masalah obesiti. Hal ini demikian, senaman berterusan serta mengamalkan diet seimbang dapat membantu mengawal masalah berat badan yang berlebihan. Obesiti ini juga dapat meningkatkan risiko dengan pelbagai penyakit seperti diabetes, penyakit jantung dan batu karang serta dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Kajian perubatan mengesahkan bahawa tahap kecergasan yang rendah akan meningkatkan risiko penyakit yang berkaitan dengan kanser. Bersenam secara konsisten juga mampu meningkatkan perasaan menghargai diri sendiri dan menjadikan diri lebih positif dan tenang.
Selain itu, dapat memupuk perpaduan antara pelbagai kaum juga adalah salah satu faedah senaman ini.Perpaduan ini ditakrifkan sebagai hubungan erat atau bersifat toleransi yamg diwajibkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yamg berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas.Hal ini kerana masyarakat dapat menimbulkan kemesraan dan keselesaan antara pelbagai kaum sama ada Melayu,India,Cina atau Iban. Sebagai contohnya, dapat meluangkan masa untuk berkongsi cerita dan mendengar pendapat masing-masing ketika bersenam. Oleh itu,kita haruslah sentiasa melakukan senaman dalam kehidupan harian kita supaya dapat memupuk perpaduan antara pelbagai kaum dalam masyarakat kita.
Di samping itu, antara contoh aktiviti senaman yang boleh diamalkan adalah berlari, berjoging, berjalan, berenang, lompat tali dan berbasikal. Jumlah minima aktiviti fizikal yang perlu dilakukan untuk mendapat faedah kesihatan yang dikehendakinya ialah dengan melakukan aktiviti yang sederhana kuatnya atau intensiit, sekurang- kurangnya 30 minit untuk setiap sesi dari 3 hingga 5 hari seminggu. Senaman ini hendaklah dilakukan secara perlahan-lahan dan intensitinya akan meningkat beransur- ansur. Secara keseluruhannya,terdapat beberapa aktiviti senaman yang dapat memberikan manfaat atau faedah kepada kehidupan seharian kita.
Kesimpulannya,kita sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum hendaklah sentiasa melakukan aktiviti senaman dalam kehidupan seharian agar badan kita menjadi sihat daripada dijangkiti penyakit yang berbahaya dan dapat memupuk semangat perpaduan . Oleh itu,negara kita akan menjadi aman dan harmoni daripada hidup berpecah belah atau permusuhan antara satu sama lain.Bak kata perpatah “Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh”.

Comments
Post a Comment