7.0 KESIMPULAN

 Secara kesimpulannya, Malaysia merupakan sebuah negara yang majmuk serta

mempunyai kepelbagaian kaum, budaya dan agama. Melalui kepelbagaian tersebut,

terjalinlah satu hubungan perpaduan yang merupakan tonggak utama kepada

kemajuan negara yang kita kecapi sekarang. Tanpa adanya perpaduan yang utuh,

masyarakat kini tidak akan dapat menikmati keharmonian. Maka, setiap rakyat

Malaysia mestilah mempunyai peranan dan fungsi masing-masing dalam

membangunkan negara supaya negara sentiasa kekal aman dan harmoni.

Bagi perihal kesihatan, setiap rakyat Malaysia perlulah berganding bahu untuk

mengekalkan dan mengamalkan aktiviti yang dapat menyihatkan tubuh badan. Selain

itu, mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang juga perlu dipraktikkan dalam

diri kita agar dapat mengelakkan diri daripada dijangkiti oleh pelbagai penyakit. Oleh

itu, pentingnya menjaga kesihatan diri supaya kadar penyakit berjangkit dapat

diturunkan serta dapat menjadi negara dan rakyat yang bebas daripada penyakit.


Comments

Popular posts from this blog

4.0 SENTIASA MELAKUKAN AKTIVITI SENAMAN DAPAT MEMUPUK PERPADUAN

5.0 KEPENTINGAN KESIHATAN DALAM KEHIDUPAN BERMASYARAKAT