1.0 PENGHARGAAN


Selamat sejahtera dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmatnya dapat kami menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan Faridah Husain, pensyarah mata pelajaran Penghayatan Etika dan Peradaban (MPU21032), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pelaksanaan tugasan ini berlangsung. Selain itu, tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini. Akhir kata, kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama yang di tunjukkan oleh rakan-rakan teryata membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang diberi ini. Tanpa bantuan dari semua pihak, tidak mungkin kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.

Comments

Popular posts from this blog

4.0 SENTIASA MELAKUKAN AKTIVITI SENAMAN DAPAT MEMUPUK PERPADUAN

5.0 KEPENTINGAN KESIHATAN DALAM KEHIDUPAN BERMASYARAKAT

7.0 KESIMPULAN