3.0 PENGENALAN
Kesihatan dan perpaduan rakyat penting dalam membangunkan sebuah negara yang harmoni dan menuju ke arah negara maju. Kesihatan rakyat Malaysia amat diutamakan dalam menjamin kesejahteraan rakyat. Manakala perpaduan kaum di Malaysia merupakan salah satu tonggak dan menyumbang kepada keharmonian dan keamanan negara yang kita kecapi pada masa ini. Walaupun Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, ianya bukanlah penghalang untuk mencapai status sebuah negara maju. Ini kerana rakyat Malaysia mengamalkan nilai saling menghormati dan bertoleransi antara satu sama lain. Konteks perpaduan di Malaysia sangat luas dan antarnya adalah dari segi kebudayaan, kesukanan, kesihatan dan lain-lain. Oleh itu, marilah sama-sama kita memahami konsep dan hubungan kesihatan dan perpaduan.
Apakah itu kesihatan?
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mendefinisikan kesihatan sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, cergas, cerdas serta bebas dari sebarang penyakit berlandaskan keadaan sosial dan masyarakat. Definisi ini juga menegaskan bahawa kesihatan ditunjangi oleh faktor fizikal, mental dan sosial yang sihat, berfungsi serta tidak diancam oleh sebarang penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan. Contohnya penyakit kencing manis dan obesiti.
Apakah itu perpaduan?
Definisi perpaduan adalah hubungan atau kerjasama yang dilahirkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam erti kata lain, perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti. Malaysia adalah sebuah negara yang dikenali dengan masyarakatnya yang berbilang kaum dengan kehidupan aman dan harmoni. Antaranya ialah kaum Melayu, Cina, India, Iban, Bidayuh, Melanau dan sebagainya.


Comments
Post a Comment