4.3 KESAN TERHADAP KESIHATAN JIKA TIADA PERPADUAN ANTARA KAUM

  Keharmonian negara akan terjejas


Keharmonian negara terjejas jika tiada kesepaduan dalam kalangan rakyat.

Kerjasama yang baik antara rakyat sangat dititikberatkan supaya dapat memberikan

rawatan yang terbaik kepada rakyat dalam aspek kesihatan. Sebagai contoh, semasa

pandemik dan penularan wabak Covid-19, jika rakyat tidak bersatu padu dan memberi

kerjasama kepada pihak kerajaan atau pihak bertanggungjawab untuk memutuskan

rantaian jangkitan Covid-19. Ini akan menyebabkan peningkatan kes semakin

bertambah dan seterusnya boleh menyebabkan kematian dan kebimbangan bukan

sahaja pada pihak bertanggungjawab malah keluarga, masyarakat dan diri kita sendiri.

Impaknya, keharmonian negara akan terjejas dan memberikan kesan negatif kepada

kesejahteraan rakyat dan negara. Oleh itu, rakyat seharusnya mematuhi SOP dan

memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada petugas-petugas barisan hadapan

kita untuk memerangi wabak Covid-19.


 Wujudnya masyarakat yang tidak peka, bertolak ansur dan beretika


Apabila terdapat segelintir masyarakat yang tidak peka, bertolak ansur dan beretika

boleh menyebabkan perselisihan faham berlaku.Sebagai contoh, rakyat yang tidak

memberikan komitmen yang baik kepada pihak hospital atau Kementerian Kesihatan

Malaysia (KKM) dalam mendermakan darah kepada pesakit yang memerlukan. Ini

berlaku kerana kurangnya kepekaan dan sikap tidak mengambil serius dalam diri

sesetengah masyarakat. Lebih-lebih lagi jika stok darah di dalam tabung darah negara

tidak mencukupi bagi menampung bekalan darah yang diperlukan oleh setiap pesakit

di hopital mengikut jenis-jenis darah yang diperlukan. Lebih mengecewakan apabila

terdapat sesetengah sifat rakyat yang memilih kasih dalam mendermakan darah akan

melambatkan lagi proses membaik pulih kesihatan pesakit tertentu. Justeru, ini

menyebabkan tahap kesihatan akan terganggu dan kurangya perpaduan dalam

kalangan rakyat.


 Wujudnya masyarakat yang mementingkan diri


Sering kali kita dapati terdapat sesetengah masyarakat yang sanggup bersikap

mementingkan diri dan tidak mengambil berat akan isi semasa. Contohnya, terdapat

rakyat yang tidak memberi kerjasama yang baik untuk mematuhi perlaksanaan

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa wabak penyakit Covid-19 menular dalam

kalangan masyarakat Malaysia. Tambahan pula, terdapat sesetengah rakyat yang lebih

suka mengikut kehendak mereka sendiri dan tidak mengikut prosedur yang telah

ditetapkan tanpa mengambil berat terhadap kesihatan orang lain. Contohnya seperti ,

tidak memakai pelitup muka di tempat umum dan bersesak-sesak di kawasan yang

sempit atau ramai orang.




Comments

Popular posts from this blog

4.0 SENTIASA MELAKUKAN AKTIVITI SENAMAN DAPAT MEMUPUK PERPADUAN

5.0 KEPENTINGAN KESIHATAN DALAM KEHIDUPAN BERMASYARAKAT

7.0 KESIMPULAN