6.0 KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM DALAM KALANGAN MASYARAKAT
Malaysia telah melalui pelbagai pengalaman pahit dan cabaran sebelum berdiri teguh
dan kukuh sebagai negara membangun. Pasti pengalaman dijajah oleh negara asing
tidak akan diulangi lagi sepertimana yang kita ketahui penjajahan di Malaysia dimulai
dengan Portugis, Inggeris, Belanda, Jepun, kemudian Inggeris lagi selepas itu.
Teriakan dan sorakan keramat ‘Merdeka’ pada 31 Ogos 1957 oleh Tunku Abdul
Rahman adalah tidak semudah yang disangka untuk dilalui dan memaknakan
kemerdekaan tersebut. Masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa telah bersatu
teguh dan bersatu hati persis peribahasa “bulat air kerana pembentung, bulat manusia
kerana muafakat”. Bagi memastikan negara tidak dijajajah dan digugat oleh negara
asing, perpaduan kaum sangat penting demi menjamin ketenteraman negara ini.
Salah satu kepentingan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat ialah dapat
mewujudkan masyarakat yang harmoni. Jika kaum-kaum tidak bertoleransi antara
satu sama lain, persengketan akan mudah tercetus. Keadaan ini akan menyebabkan
hubungan yang dingin antara masyarakat dan pertengkaran berlaku. Kita bersyukur
dan bertuah menjadi rakyat Malaysia disebabkan sifat masyarakatnya yang saling
menghormati antara satu sama lain. Contohnya, kaum Cina menghormati sambutan
perayaan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan oleh kaum Melayu, malahan turut ikut
serta serta memeriahkan perayaan seperti kunjung-mengunjungi. Tegasnya,
perpaduan kaum adalah penting untuk mengekalkan keamanan negara agar bertambah
gah di persada dunia.
Selain itu, negara kita juga akan disanjungi dan dapat meninkatkan imej negara di
mata dunia. Malaysia pastinya akan menjadi “role model” kepada negara-negara lain.
Contohnya, pada 31 Oktober 2006, dilaporkan bahawa Timbalan Perdana Menteri
Britain iaitu John Prescott mempelajari pengalaman Malaysia dalam mengekalkan
formula perpaduan. Justeru, sebagai rakyat yang cinta akan watan, kita perlulah
melaksanakan langkah-langkah yang proaktif bagi mengekalkan perpdauan antara
kaum kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Akhir sekali, perpaduan kaum juga dapat memajukan ekonomi negara. Jika
dibandingkan dengan negara serantau yang berhempas pulas menghadapi
kepincangan ekonomi, sektor ekonomi di Malaysia masih mampu bertahan dan stabil.
Pelabur asing juga tidak risau untuk melabur di Malaysia kerana keadaan negara kita
yang aman damai, sekali gus dapat menjana ekonomi supaya terus berkembang.
Contohnya, rakyat yang bersatu padu akan berusaha bagi memastikan negara terus
maju dan mengembleng tenaga memulihkan ekonomi negara. Oleh itu, perpaduan
kaum amat penting supaya dapat meningkatkan ekonomi dan taraf hidup rakyat.

Comments
Post a Comment