4.2 MENGADAKAN AKTIVITI ATAU PROGRAM YANG BERKAITAN DENGAN KESIHATAN

 Pihak yang berwajib, perlulah mengadakan aktiviti atau program yang banyak

berkaitan dengan kesihatan ,untuk menambahkan lagi pengetahuan rakyat Malaysia

tentang pentingnya menjaga kesihatan diri. Pihak yang berwajib perlu mengadakan

aktiviti atau program yang boleh menarik minat rakyat Malaysia seperti program

mengenali piramid makanan yang sihat. Program ini sangat perlu dilaksanakan kerana

kebanyakan orang mengambil mudah tentang pemakanan mereka. Rakyat Malaysia

tidak tahu penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung,diabetis, kencing manis dan

lain-lainnya berpunca dari makanan yang mereka ambil secara berlebihan tanpa

menghiraukan kesihatan mereka sendiri.Hal ini, juga berlaku mungkin kerana kurang

pencerahan tentang kesihatan diri atau pun mereka tidak mengambil peduli tentang

bahayanya makan secara tidak teratur. Dengan mengadakan aktiviti atau program

kesihatan secara meluas rakyat Malaysia akan menyedari bertapa pentingnya menjaga

kesihatan diri sendiri.


Selain itu, pihak yang berwajib juga boleh menetapkan tarikh-tarikh yang sesuai

untuk mengadakan aktiviti atau program kesihatan secara teratur. Pada pendapat saya

program atau aktiviti kesihatan ini perlu diadakan lima kali setahun agar rakyat

Malaysia dapat mengetahui segala hal tentang kesihatan bagi meyakinkan mereka

bertapa pentingnya menjaga kesihatan ,Bak kata pepatah “mencegah lebih baik dari

mengubati”. Aktiviti atau program ini perlulah diterapkan sejak berada di

bangkusekolah lagi agar kanak-kanak mengetahui segala hal yang penting berkaitan

kesihatan. Kesihatan ini tidak memandang usia ,warna kulit mahupun agama,sesiapa

saja boleh diserang penyakit melalui tabiat makan secara tidak teratur.Bukan itu

sahaja,aktiviti dan program kesihatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan dan

perpaduan rakyat Malaysia antara satu sama lain. Aktiviti atau program sedemikian

perlu selalu diadakan agar rakyat Malaysia setiasa bersatu dalam pelbagai hal kerana

“Bersatu kita teguh bercerai kita roboh”.


Terdapat banyak lagi aktivit atau program kesihatan yang dapat memupuk semangat

perpaduan antaranya aktiviti bergotong royong, program seminar kesihatan, kempen

derma darah dan pelbagai lagi. Dari aktiviti dan program kesihatan ini sahaja kita

dapat mengubah mentaliti rakyat Malaysia yang tidak mempedulikan kesihatan

sehingga mereka mengambil peduli tentang kesihatan.


Kesimpulannya,rakyat Malaysia mestilah sentiasa mengambil bahagian segala

aktiviti mahu pun program yang berkaitan kesihatan kerana aktiviti atau program

kesihatan ini dapat meluaskan lagi ilmu pengetahuan malah dapat mengeratkan lagi

silaturahim sesame insan.Bak kata pepatah “bulat air kerana pembentung bulat

manusia kerana muafakat”. Marilah bersama-sama kita mengamalkan amalan hidup

yang sihat agar kita tidak menyesal dikemudian hari. Sentiasalah mengamalkan

amalan hidup sihat agar dapat kita bersama sama mengeratkan lagi hubungan sesama

insan.





Comments

Popular posts from this blog

4.0 SENTIASA MELAKUKAN AKTIVITI SENAMAN DAPAT MEMUPUK PERPADUAN

5.0 KEPENTINGAN KESIHATAN DALAM KEHIDUPAN BERMASYARAKAT

7.0 KESIMPULAN